TAMRIN TUN GHAFAR: SESUMPAH (‘CHAMELEON’) YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT
Tamrin Tun Ghafar adalah anak kepada Tun Ghafar Baba, iaitu bekas
Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Di kalangan ahli UMNO, Allahyarham
Tun Ghafar Baba adalah seorang pemimpin yang dihormati kerana kesetiaan dan
jasanya kepada perjuangan UMNO. Namun anaknya langsung tidak mempunyai sikap
sebegitu, malah semakin biadap dan kurang ajar sejak kebelakangan ini.
Tamrin Tun Ghafar dikenali sebagai seorang bekas pemimpin UMNO yang
sering berubah rupa dan parti. Berubah rupa di sini bermaksud dia sering
menukar sokongan. Hari ini dia sokong A, esok dia akan kutuk A. Semalam dia
kutuk B, hari ini dia puji B melambung tinggi. Inilah ciri-ciri sesumpah yang
hanya fikir tentang dirinya sendiri saja.
Bergantung kepada keadaan,
sokongannya akan bertukar kepada yang ada kuasa atau memberi manfaat untuk
dirinya sendiri. Sebagai contoh, selepas membuat kacau dalam UMNO dan berbagai
skandal sebagai Pengerusi MARA, Tamrin melompat ke parti PAS. Ketika ini, dia
juga banyak mengutuk Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. [1]
Pada Oktober 2012, Tamrin pernah mengeluarkan kenyataan “Mahathir
durjana sebenarnya, kerana sanggup melagakan orang lain demi memastikan
kedudukannya selamat dan terus berkuasa.” Katanya lagi, 'syaitan
yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno
terus jatuh. [2] Tamrin
pernah menjadikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili bekas
menteri tersebut. Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum
petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, Tamrin mengimbau kembali dakwaan yang
timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.
"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu
ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan
akhirnya diselesaikan di luar mahkamah?
"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang
buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN
Jorak, dalam parlimen Pagoh. Tamrin merujuk kepada kes saman ke atas Muhyiddin,
ahli perniagaan Datuk Yahya Taib dan Syed Mokhtar yang didakwa berkonspirasi
untuk memiliki 6,600 ekar tanah yang dimiliki oleh Stamford Holdings. [3]
Pada Januari 2013, Tamrin pernah menulis tentang pekung dan temberang
Tun Mahathir. Katanya Tun Mahathir telah berjanji tidak masuk campur dalam
urusan politik dan pentadbiran negara, tapi bila di zaman Tun Abdullah Badawi
jadi Perdana Menteri, Tun Mahathir berkempen habis-habisan sehingga menyebabkan
Paklah meletakkan jawatan. Dengan kata lain, Tamrin telah menuduh Tun Mahathir
berdolak dalih dan cakap tak serupa bikin. [4]
Tamrin juga pernah mengutuk Tun
Mahathir dan anaknya telah memonopoli hasil minyak. Katanya, Tun Mahathir
sebagai Penasihat Petronas, Tun hendaklah memutuskan supaya pembekalan petrol
oleh Petronas kepada kapal terbang MAS diteruskan. Namun, akhirnya syarikat Mirzan
Mahathir, Petron pula yang mendapat kontrak tersebut.
Pada tahun 2014, Tamrin sekali lagi bertukar rupa, keluar dari PAS
walaupun baru menyertai parti itu selama setahun lebih. Kemudian pada tahun
2016, Tamrin menyertai sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun
Mahathir sendiri. Aneh, bukan? Dulu merata tempat jaja cerita tentang skandal
dan keburukan Tun Mahathir, namun dengan mudah dia menukar rupa selepas Tun
Mahathir membuat keputusan untuk kembali ke medan politik.
Kemudian, Tamrin
bertindak keluar dari sekretariat Deklarasi Rakyat menyebabkan penyokong Tun
Mahathir dan DAP menuduh UMNO/BN telah memberi dedak kepada Tamrin. [5] Namun
tuduhan tersebut cepat saja mati kerana Tamrin mula mengagungkan Tun Mahathir
dan menentang UMNO/BN.
Sebelum PRU14, Tamrin dengan biadap cuba menyucikan Tun Mahathir di mata
Raja-raja Melayu. Dia cuba menyebarkan idea bahawa Tun Mahathir adalah
penyelamat institusi Raja-raja walaupun idea tersebut bertentangan dengan
pengakuan Tun Mahathir sendiri dalam buku biografinya. Tamrin berkata, apa gunanya
Tun Mahathir membaik pulih hubungan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja?
Kerana menurut Tamrin, Tun Mahathir tidak melakukan perkara yang menjejaskan
hubungan dalam peristiwa pindaan Perlembagaan Negara pada tahun 1983.
Tamrin
bersikap biadab bila membayangkan seolah-olah Raja-raja terlalu naïf sehingga
tidak mengetahui perkara yang tertulis dalam Perlembagaan. Dia juga
membayangkan seolah-olah Raja-raja gagal menunjukkan contoh dan teladan yang
baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata. Tambahan pula, Tamrin mencabar
Raja-Raja agar turun takhta dan bertanding dalam pilihan raya jika sekiranya
mereka merasakan mereka boleh berkhidmat lebih baik untuk rakyat. [6]
Tulisan
Tamrin ini bukan sahaja melanggar adab-adab Melayu dan melanggar undang-undang
negara, malah ia juga merupakan usaha memesongkan fakta-fakta sejarah demi
mencapai tujuan-tujuan politik tertentu, paling nyata ialah untuk menyucikan
Tun Dr Mahathir di mata Raja-Raja ketika Tun Dr Mahathir, selaku Pengerusi
Pakatan Harapan, sedang mengalami masalah yang sangat serius di dalam hubungan
antara beliau dengan Raja-raja.
Kini Tamrin banyak menulis tentang betapa agungnya Tun Mahathir dan pada
masa yang sama mempersoal dan memutar belitkan kenyataan dan tindakan Raja-raja
Melayu. Baru-baru ini, Tamrin membalas titah Sultan Kedah yang melarang
unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan diusik bagi mengekalkan keamanan. Beliau
dengan biadap menyoal kembali siapakah yang mengusik perlembagaan dan menuduh
Raja-raja Melayu mengabaikan rakyat. [7]
Apa yang sebenarnya Tamrin mahu?
Apabila Raja Melayu memberi nasihat, dituduhnya mengabaikan rakyat. Apabila
cuba membantu rakyat, dituduhnya mencampuri urusan kerajaan pusat atau negeri.
Adakah semua kata-kata dan tindakan Raja-raja Melayu adalah salah di mata
Tamrin? Kenapa begitu prejudis?
Beliau juga banyak memberi amaran kepada YDP Agong dan Sultan-sultan
dalam melakukan tugas mereka, seperti amaran agar tidak bermain politik
perkauman ketika melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. [8] Sedangkan YDP
Agong dan Raja-raja Melayu cuma menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam
Perlembagaan. Ini soal melantik Peguam Negara, bukan Ketua Kelas, maka perlulah
merujuk berbagai pihak dan mengambil kira banyak isu. Adakah Tamrin tidak
pernah terfikir akan hal itu? Adakah amat penting untuk mengangguk saja kepada
arahan Tun Mahathir tanpa perlu berfikir dan memberi pendapat? Sejak bila anak
Tun Ghaffar Baba menjadi pak turut kepada Tun Mahathir?
Walau bagaimanapun, sikap sesumpah (‘chameleon’) Tamrin ini memberi
manfaat kepada dirinya sendiri apabila kes hasutan yang didakwa ke atasnya pada
tahun 2013, telah ditarik balik atas alasan pihak pendakwa tidak berminat untuk
meneruskan pendakwaan. [9] Kes hasutan tersebut adalah mengenai ucapan Tamrin
mengajak rakyat menentang keputusan PRU13 dengan berdemonstrasi. Kini Tamrin
akan lebih berani ‘bersuara’ dan menghasut kerana dia yakin Tun Mahathir ada di
belakangnya.
Inilah sikap sesumpah yang tidak memberi manfaat kepada orang lain, tapi
bijak mencari peluang untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Dia tahu jika dia
mengampu dan mengagungkan Tun Mahathir, dia bebas melakukan apa saja dan tidak
akan didakwa di mahkamah. Berapa banyak ‘dedak’ yang telah diberi kepada Tamrin
untuk menyucikan nama Tun Mahathir? Adakah Tamrin ingin menjadi seperti Kadir
Jasin yang mendapat jawatan kerana menjadi pembela Tun Mahathir? Inilah masalah
yang patut kita bimbang kerana mereka ini berada di pihak kerajaan dan ada
kuasa untuk berbuat apa sahaja.
Janganlah berpura-pura sebagai pejuang nasib rakyat tetapi realitinya
tiada bezanya dengan seorang ‘pelacur jalanan’. Walaupun sehina-hinanya seorang
pelacur, namun pelanggannya tetap tahu wajah sebenar dan niat pelacur tersebut.
Sekiranya sesumpah ini dipergunakan oleh pihak tertentu, tiada bezanya dia
dengan boneka yang tiada maruah dan harga diri.
Sumber:
[5] http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/2016/08/tamrin-abdul-ghaffar-i-have-been.html
Comments
Post a Comment