CUCU MAHATHIR DAN PARTI YANG BARU DITUBUHKAN

Baru-baru ini Tun Mahathir telah menubuhkan parti baru yang diberi nama Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan menggunakan huruf jawi sebagai logo dan 3 titik di atasnya bermaksud Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara. 

Tapi adakah cucu-cucu dan anak-anak Mukhriz ini mengikut dan mengamalkan apa yang termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman? Mari kita lihat bagaimana cara hidup anak Mukhriz dan cucu Tun Mahathir, Serena Mukhriz. (Lihat gambar-gambar di bawah)


 



 

Serena Mukhriz dikenali sebagai kluster kayangan yang suka minum alkohol dan menghabiskan masa lapangnya di kelab malam bersama teman lelakinya.

 

Dia juga dilihat mengamalkan cara hidup yang tidak menggambarkan sebagai orang Islam, seperti ‘clubbing’, berpelukkan dengan lelaki bukan mahram dan berpakaian tidak senonoh untuk tatapan orang ramai.

 

Cara hidup yang liar ini tidak patut diamalkan oleh cucu seorang yang dikatakan ‘Negarawan’ dan juga pengasas parti yang kononnya membawa Rukun Islam dan Rukun Iman. 

 



Adakah ini Rukun Islam yang ingin diketengahkan oleh Mukhriz dan Tun Mahathir?

 

Adakah Parti Pejuang yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir hanya sebagai ‘topeng’ untuk menarik rakyat Malaysia beragama Islam, sedangkan ahli keluarga mereka mengamalkan cara hidup bertentangan dengan ajaran Islam?

 

Sekiranya Mukhriz tidak mampu membimbing keluarganya ke arah cara hidup Islam, bagaimana dia nak memimpin rakyat dan orang di bawahnya? Seperti mana kita tahu, keluarga yang rosak dan tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar melambangkan kegagalan ayah sebagai ketua keluarga. Tolonglah Mukhriz dan Mahathir cukuplah menggunakan agama Islam untuk menipu rakyat. Lihatlah keluarga anda, langsung tidak mencerminkan agama islam.  




Ini terbukti Mukhriz adalah seorang yang hipokrit dan bermuka-muka. Berlakon depan rakyat sebagai pemimpin yang islamik sedangkan keluarganya mengamalkan cara hidup liberal.

 

Akhirnya rakyat yang tertipu dengan lakonan keluarga ini. Berpuluh-puluh tahun tipu rakyat, malangnya masih ada yang tunduk kepada mereka.

 

Pada bulan December 2018, Serena Mukhriz telah mengundang pelbagai kontroversi kerana telah mengutuk rakyat Malaysia yang hadir berdemo di Kuala Lumpur menentang pengiktirafan ICERD

 

(sumber - https://says.com/my/news/serena-mukhriz-anti-icerd-rally-instagram-stories-called-disgusting)



Serena dalam post in akaun Instagram telah menyatakan Wawasan 2020 sudah hancur kerana rakyat jelata yang suka berdemo. Ramai orang telah membidas Serena kerana mereka merasakan ICERD hanya akan membawa masalah dan tidak sesuai untuk diratifikasi oleh kerajaan Malaysia. Memang jelas cucu kesayangan Tun M ini terlalu berfikiran liberal dan terikut-ikut budaya barat.  Ciapan Serena yang mengutuk rakyat yang telah keluar berdemo di jalan raya, maka jelas dia juga seorang yang sangat sombong dan tidak faham isu ICERD ataupun kepentingan rakyat biasa.

 


 

 

Mukhriz cuba memaparkan imej islamik padahal keluarganya dipenuhi golongan liberal

 

Pada 22 Ogos 2020, kita dikejutkan dengan berita penahanan cucu PM ke-4 dan 7, Allyana Mukhriz kerana melanggar PKPP di sebuah kelab malam di Jalan Rahim Kijai 14, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Dia telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar PKPP kerana berada di sebuah kelab malam yang menjual minuman keras pada pukul 1.30pagi.

 

Tapi apa yang menghairankan adalah adik Ally iaitu Serena Mukhriz yang melalui akaun Twitternya mengatakan ianya fitnah. (Sumber - https://twitter.com/serenamukh/status/1298581809337253888)

 

 

Pihak polis KL mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini membuktikan bahawa perkara ini adalah benar dan Ally Mukhriz telah dikenakan kompaun RM1,000. Berikut adalah kenyataan daripada pihak PDRM.

 


 


Jadi bila PDRM pun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi siapa yang sebenarnya yang fitnah?

Comments

Popular posts from this blog

THE IMPOSSIBLE WEALTH OF THE MAHATHIR CLAN

CUCU TUN MAHATHIR DITANGKAP POLIS

MAHATHIR THE “ BILLIONAIRE BUSINESSMAN ? ”