ANJING-ANJING KOTOR PELIHARAAN ORANG TUA

  1. Siapa yang tidak kenal Tamrin Tun Ghafar Baba……kambing hitam yang sekarang membenarkan puak-puak media Tun Mahathir dibawa kendalian Kadir Jasin menggunakan namanya untuk menerbitkan tulisan-tulisan yang menghasut rakyat.
  2. Baru-baru ini Kadir Jasin kerap menggunakan akaun Facebook milik Tamrin untuk mengeluarkan artikel-artikel menghina Raja-Raja dan menentang sesiapa yang menjadi ancaman terhadap persepsi rakyat terhadap kerajaan sekarang.
  3. Tetapi perkara in telah pun diketahui umum selepas seorang blogger telah mengbongkarkan aktitiviti-aktiviti kotor Kadir Jasin kepada kawan-kawannya kerana ingin menunjukkan pangaruh dan ego beliau. Perkara in telah pun ditularkan melalui media social dan kini ramai yang mengetahui mengapa PM kita menyimpan Kadir Jasin sebagai penasihat media beliau.
  4. Kadir Jasin yang begitu lantang mengkritik pelbagai pihak sudah lupa bahawa pada satu masa dulu pemimpin tua berlidah cabang yang dia sedang berkhidmat dengan merupakan seorang diktator yang menjadi pemimpin kuku besi yang dibenci pelbagai pihak. Bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia.
  5. Walaupun usianya sudah lanjut tetapi orang tua itu masih belum taksub dan masih ingin mempersetankan negara ini dengan menggunakan anjing-anjing peliharaannya seperti Kadir Jasin and Khairuddin Hassan.
  6. Siapakah Tamrin Ghaffar Baba yang kini lantang mengkritik Raja-Raja Melayu? Mungkin ramai yang mengenali bekas ahli parlimen Batu Berendam ini, yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghaffar Baba, namun ramai yang keliru dengan tindakannya mengkritik Raja-raja Melayu.
  7. Tamrin Ghaffar Baba merupakan ahli Parlimen UMNO Batu Berendam dari tahun 1986 hingga 1995, kemudian beliau dikhabarkan tidak aktif dalam politik. Namun pada 27 April 2010, beliau muncul di atas pentas pembangkang dan kemudiannya melompat ke parti PAS pada 12 Ogos 2012. Beliau juga telah mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramah di Parlimen Pagoh, iaitu parlimen Tan Sri Muhyiddin sendiri mengenai skandal ladang Stamford Holdings.
  8. Sesiapa yang tidak tahu mengenai skandal ladang Stamford Holdings, bolehlah membuat pencarian di Internet mengenai peranan Tan Sri Muhyiddin dalam skandal tersebut.
  9. Pada Oktober 2012, Tamrin pernah mengeluarkan kenyataan “Mahathir durjana sebenarnya, kerana sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.” Kemudian, Tamrin keluar dari PAS dan menyertai sekretariat Deklarasi Rakyat yang dipimpin oleh Tun Mahathir sendiri.
  10. Namun pada 27 Ogos 2016, beliau telah menarik diri dari Deklarasi Rakyat dan mendakwa beliau tidak bersama mana-mana parti atau NGO kerana ingin memberikan pandangan yang bebas. Tindakannya yang banyak berpaling tadah mengelirukan rakyat, malah penyokong Pakatan Harapan pernah menuduhnya menerima ‘dedak’ daripada UMNO kerana menarik diri daripada Deklarasi Rakyat.
  11. Tamrin adalah seorang yang menari mengikut telunjuk orang yang memberikan dedak kepadanya.
  12. Sebelum menyertai sekretariat Deklarasi Rakyat, Tamrin banyak mengutuk pemimpin Pakatan Harapan terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir mengenai kekayaan mereka. Tetapi kini setelah Pakatan Harapan memenangi PRU14, beliau banyak memuji Tun Mahathir dan mengutuk Raja-raja Melayu.
  13. Tamrin pernah membalas titah Sultan Kedah yang melarang unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan diusik bagi mengekalkan keamanan. Beliau dengan biadap menyoal kembali siapakah yang mengusik perlembagaan dan menuduh Raja-raja Melayu mengabaikan rakyat. Apa yang sebenarnya Tamrin mahu?
  14. Apabila Raja Melayu memberi nasihat, dituduhnya mengabaikan rakyat. Apabila cuba membantu rakyat, dituduhnya mencampuri urusan kerajaan pusat atau negeri. Adakah semua kata-kata dan tindakan Raja-raja Melayu adalah salah di mata Tamrin? Kenapa begitu prejudis?
  15. Beliau juga banyak memberi amaran kepada YDP Agong dan Sultan-Sultan dalam melakukan tugas mereka, seperti amaran agar tidak bermain politik perkauman ketika melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Sedangkan YDP Agong dan Raja-raja Melayu cuma menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Ini soal melantik Peguam Negara, bukan Ketua Kelas, maka perlulah merujuk berbagai pihak dan mengambil kira banyak isu.
  16. Adakah Tamrin tidak pernah terfikir akan hal itu? Adakah amat penting untuk mengangguk saja kepada arahan Tun Mahathir tanpa perlu berfikir dan memberi pendapat? Sejak bila anak Tun Ghaffar Baba menjadi pak turut kepada Tun Mahathir? Bukankan Tun Mahathir yang bertanggungjawab mengeluarkan Tun Ghaffar Bapa dari kerusi DPM dan digantikan oleh Anwar Ibrahim?
  17. Semasa Tamrin menjadi Pengerusi MARA, banyak skandal yang telah ditutup dan diselesaikan tanpa menghukum pesalah. Pada 5 Oktober 1991, Tamrin Ghaffar telah menyalah gunakan kuasa sebagai Pengerusi MARA, menukar pegawai yang memegang jawatan Ketua Pengarah MARA tanpa restu daripada Kementerian beliau sendiri. Pada bulan yang sama, beliau telah membeli keahlian kelab Golf Rahman Putra yang dipengerusikan oleh bapanya sendiri dengan menggunakan duit MARA.
  18. Namun akhirnya pembelian tersebut dibatalkan oleh Menteri Perusahaan Awam ketika itu. Bukan itu saja, pada ketika itu Tamrin sebagai ahli Parlimen Batu Berendam pernah mendapat undi tidak percaya dari UMNO bahagian berkenaan kerana dakwaan beliau telah banyak menyeleweng wang dan skandal lain.
  19. Tamrin juga pernah didakwa mendapat projek balak di Kelantan yang dikongsi bersama Husam Musa selepas beliau berbaik dengan Anwar Ibrahim. Disebabkan itulah ramai yang kurang percaya terharap Tamrin walaupun amat menghormati Tun Ghaffar Baba. Tamrin juga terlibat dalam kes menculik adik tirinya yang berumur 6 tahun dan berlaku pergelutan antara Tamrin dengan ibu tirinya.
  20. Adakah orang seperti si Tamrin ini layak bercakap pasal perlembagaan dan berlaku biadap terhadap Raja-raja Melayu? Bukan itu saja, kes hasutan berkenaan beliau mengajak orang ramai untuk menggulingkan kerajaan pada tahun 2013, telah ditarik balik atas alasan pihak pendakwa tidak berminat untuk meneruskan kes. Sudah pasti Tamrin akan lebih berani dalam menghasut rakyat apabila beliau ada Tun Mahathir dan mahkamah di belakangnya.
  21. Jika dilihat daripada isu-isu yang ditimbulkan, Tamrin Ghaffar ingin menjadi juara rakyat tapi cermin matanya sudah dikaburkan dengan mengagungkan Tun Mahathir. Beliau mengutuk Raja-raja Melayu yang mementingkan keamanan dan kebajikan rakyat tapi pada masa yang sama tidak nampak isu yang sedang membelenggu rakyat. Beliau tidak menyentuh isu PTPTN, harga getah, gaji minimum, janji kosong dalam manifesto PRU14, gaji Menteri yang melebihi PM dan banyak lagi.
  22. Allahyarham Tun Ghaffar begitu terkenal dengan kesetiaannya kepada perjuangan UMNO, demi Islam, bangsa Melayu dan Tanahair, serta beliau tidak pernah mengkhianati parti meskipun dianiaya sebegitu rupa oleh Anwar Ibrahim. Namun anaknya Tamrin, sanggup mengkhianati perjuangan ayahnya itu? Dan jika rakyat negara ini mengenali ayahnya sebagai perjuang kental bangsa Melayu, Tamrin pula selepas ini akan dikenali sebagai pengkhianat kepada perjuangan bapanya, bukankah begitu?
  23. Menukar sokongan kepada parti yang menang, membisu dalam isu rakyat, mengutuk Raja-raja Melayu, mengagungkan orang yang pernah dikutuknya dan banyak lagi. Apakah motif perjuangan Tamrin Ghaffar Baba sebenarnya? Memetik nama bapanya tidak menjadikannya hero mahupun menunjukkan beliau berada di pihak yang benar. Berhati-hatilah memilih isu, kerana rakyat tidak buta dan bodoh.
  24. Terkini Tamrin telah membenarkan Kadir Jasin menggunakan namanya untuk mengeluarkan artikel-artikel yang menghasut rakyat terhadap Sultan Johor dan anaknya.
  25. Kami tidak tahu siapa pegecut yang lebih besar…..Tamrin Tun Ghafar Baba atau si Kadir Jasin? Si Tamrin yang memberi kebenaran kepada Kadir Jasin untuk menggunakan namanya atau Kadir Jasin yang terpaksa dibelakang nama Si Tamrin walaupun mengelarkan dirinya sebagai penasihat media PM.
  26. Pada 28 September 2002, ibu Heryati telah berkhalwat dengan 3 orang pelajar Bosnia dan telah mengaku bersalah di mahkamah tinggi Syariah pada 30 Disember 2002. Nampaknya perangai Tamrin Tun Ghafar Baba sejak kebelakangan ini tidak lain dan tidak berbeza dari perangai ibunya.


Comments

Popular posts from this blog

THE IMPOSSIBLE WEALTH OF THE MAHATHIR CLAN

CUCU TUN MAHATHIR DITANGKAP POLIS

MAHATHIR THE “ BILLIONAIRE BUSINESSMAN ? ”