SIAPA SEBENARNYA TAMRIN GHAFAR BABA?
Siapakah Tamrin Tun Ghafar yang cuba memusnahkan UMNO dan lantang
mengagungkan Tun Mahathir sejak kebelakangan ini? Mungkin ramai yang mengenali
bekas ahli parlimen Batu Berendam ini, yang juga anak kepada bekas Timbalan
Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, namun ramai yang keliru dengan
tindakannya mengkritik Raja-raja Melayu.
Tamrin Ghafar Baba merupakan ahli Parlimen UMNO Batu Berendam dari tahun
1986 hingga 1995[1], kemudian dia dikhabarkan tidak aktif dalam politik. Namun
pada 27 April 2010, dia muncul di atas pentas pembangkang [2] dan kemudiannya
melompat dari UMNO ke parti PAS pada 12 Ogos 2012 [1]. Mengulas lanjut
berkenaan isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk
Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata soal lompat parti dan keluar parti ini
perkara biasa. Lagipun orang yang keluar parti itu adalah aset yang tidak
berguna dalam UMNO. Ditanya mengenai Tamrin yang keluar parti Nazri mengulas
lanjut bahawa ketiadaan Tamrin dalam UMNO lebih menyenangkan UMNO dari
menanggung beban dosa yang dilakukan Tamrin. Pendek kata UMNO tidak akan
berkudis jika tiada Tamrin sebagai ahlinya. [3]
Tamrin juga telah mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ceramah
di Parlimen Pagoh pada 17 Jun 2012, iaitu parlimen Tan Sri Muhyiddin sendiri
mengenai skandal ladang Stamford Holdings. [4] Ketika itu Tan Sri Muhyiddin
masih dalam UMNO dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tindakannya ini
menyebabkan banyak media dan penyokong parti menumpukan perhatian kepadanya,
kerana dia adalah bekas pemimpin UMNO, maka ramai yang menyangka dia mempunyai
rahsia dalaman UMNO.
Pada Oktober 2012, Tamrin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Tun Mahathir
adalah durjana, kerana sanggup melagakan orang lain demi memastikan
kedudukannya selamat dan terus berkuasa. Dia juga mendakwa Tun Dr Mahathir
Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetuskan pergolakan dalaman Umno
sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan
kenyataan yang mencabul persoalan akidah. Dia menambah, peristiwa pengharaman
Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Allahyarham Tun Ghafar
didesak melawan Tun Musa Hitam. [4] [5]
Kemudian, Tamrin keluar dari PAS dan menyertai sekretariat Deklarasi
Rakyat yang dipimpin oleh Tun Mahathir sendiri. [1] Namun pada 27 Ogos 2016,
dia telah menarik diri dari Deklarasi Rakyat dan mendakwa dia tidak bersama
mana-mana parti atau NGO kerana ingin memberikan pandangan yang bebas. [6] Tindakannya
yang banyak berpaling tadah ini telah mengelirukan rakyat, malah penyokong
Pakatan Harapan pernah menuduhnya menerima ‘dedak’ daripada UMNO kerana menarik
diri daripada Deklarasi Rakyat. Orang seperti ini tidak akan mendapat tempat di
hati rakyat, kerana suka berlagak suci dan mengambil peluang memburukkkan orang
lain.
Sebelum menyertai sekretariat Deklarasi Rakyat, Tamrin banyak mengutuk
pemimpin Pakatan Harapan terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir
mengenai kekayaan mereka. Tetapi kini setelah Pakatan Harapan memenangi PRU14, dia
banyak memuji Tun Mahathir dan mula mengutuk Raja-raja Melayu. Malah kes
hasutan yang dihadapinya sejak tahun 2013 kerana mengajak rakyat menggulingkan
kerajaan dengan berdemo, telah ditarik balik dengan alasan pihak pendakwa tidak
berminat untuk meneruskan kes. [7] Inilah bukti Pakatan Harapan telah mempergunakan
mahkamah dan menghalang kes-kes yang melibatkan penyokong mereka daripada
dibicarakan. Sama seperti kes Lim Guan Eng yang dilepaskan oleh mahkamah dalam
kes rasuah banglonya.
Semasa Tamrin menjadi Pengerusi MARA sepanjang tahun 1991 hingga 1993,
banyak skandal yang telah ditutup dan diselesaikan tanpa menghukum pesalah.
Pada 5 Oktober 1991, Tamrin Ghafar telah menyalah gunakan kuasa sebagai
Pengerusi MARA, menukar pegawai yang memegang jawatan Ketua Pengarah MARA tanpa
restu daripada Kementerian Perusahaan Awam, iaitu kementerian yang menguruskan
MARA. [8] Pada bulan yang sama, dia telah membeli keahlian kelab Golf Rahman
Putra yang dipengerusikan oleh bapanya sendiri dengan menggunakan duit MARA.
Namun akhirnya pembelian tersebut dibatalkan oleh Menteri Perusahaan Awam
ketika itu, Mohamed Yusof Mohamed Noor. [9]
Satu lagi skandal melibatkan Tamrin telah mengejutkan orang ramai pada
tahun 2002. Ibu tiri Tamrin, Heryati telah didakwa berkhalwat dengan 3 pelajar
dari Bosnia di Kondominium Heritage di Jalan Pahang. Apabila dihadapkan dalam
mahkamah, Heryati mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Kemudian Heryati telah membuat laporan polis terhadap Tamrin kerana Tamrin
telah memukul ibu tirinya dan menculik anak Heryati yang berumur 6 tahun.
Perbuatan memukul wanita dan menculik budak berumur 6 tahun ternyata perbuatan
yang kejam dan tidak beradab. Kejadian ini seperti menepuk air di dulang,
terpercik muka sendiri. Tamrin dan emal tirinya telah memalukan seluruh
keluarga mereka setelah perkara ini diketahui umum. [10]
Allahyarham Tun Ghafar begitu terkenal dengan kesetiaannya kepada
perjuangan UMNO, demi Islam, bangsa Melayu dan Tanahair, serta beliau tidak
pernah mengkhianati parti. Namun anaknya Tamrin, sanggup mengkhianati
perjuangan ayahnya itu? Dan jika rakyat negara ini mengenali ayahnya sebagai
perjuang kental bangsa Melayu, Tamrin pula selepas ini akan dikenali sebagai
pengkhianat kepada perjuangan bapanya, bukankah begitu?
Ketika Tamrin masih ahli PAS dan PAS ada hubungan baik dengan DAP,
Tamrin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Lim Kit Siang bukan dalang kejadian
13 Mei, tetapi pemimpin UMNO termasuk Tun Mahathir adalah dalang sebenar. [11] Sekiranya
benar, adakah Tamrin berani untuk mengeluarkan kenyataan yang sama sekarang?
Disebabkan terbuang dari parti UMNO yang menjadikannya ahli parlimen, dia
sanggup membuat tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan membela orang lain.
Menukar sokongan kepada parti yang menang, membisu dalam isu rakyat,
mengutuk Raja-raja Melayu, mengagungkan orang yang pernah dikutuknya dan banyak
lagi. Apakah motif perjuangan Tamrin Ghafar Baba sebenarnya? Memetik nama
bapanya tidak menjadikannya hero mahupun menunjukkan dia berada di pihak yang
benar. Berhati-hatilah memilih isu, kerana rakyat tidak buta dan bodoh.
Janganlah menyembah sesetengah pihak yang hanya mempergunakan nama kamu
jika nama keluarga sendiri tercemar. Sekiranya selalu membuka pekung di dada,
akhirnya rakyat akan mula lupa pada jasa-jasa Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Jangan meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri.
Jika ingin memperjuangkan kebenaran, tulislah mengenai janji-janji manis
dalam manifesto Pakatan Harapan yang masih belum tertunai. Tulislah mengenai
keperitan rakyat, kos sara hidup, nilai Ringgit yang semakin menjunam ataupun
cukai-cukai baharu yang semakin membelenggu rakyat Malaysia.
Sumber:
Casino & Hotel - Rochester, NY - Mapyro
ReplyDeleteSee 동두천 출장샵 929 traveler 경기도 출장샵 reviews, 2144 candid photos, and great deals for Casino & Hotel in Rochester, NY from real traveler reviews. Rating: 전라북도 출장안마 4.1 · 경상북도 출장마사지 1,294 제주 출장안마 reviews